PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
CAWANGAN MELAKA
PROSEDUR PENDAFTARAN BARU / SEMULA
PASUKAN / KELAB / GUILD / AHLI
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
--------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN MELAKA
PROSEDUR PENDAFTARAN BARU / SEMULA
PASUKAN / KELAB / GUILD / AHLI
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
--------------------------------------------------------------------------------------------
- Sedia dan lengkapkan dokumen berikut:
- Lampiran "C" - Borang Pendaftaran Sementara Pasukan / Guild
- Lampiran "D" - Borang Keahlian Ahli Dewasa / Pemimpin
- Lampiran "E" - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan / Guild
- Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Pasukan / Guild yang ASAL. Borang ini boleh diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
- Salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan / Guild)
- Yuran Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Baru)
- Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild
- RM 5.00
- Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru
- Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
- Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MELAKA" dan dihantar kepada Bendahari Kehormat, d/a 389, Lorong Setia Enam, Ayer Keroh Heights, 75450 Melaka.
- Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Melaka untuk setiap pembayaran.
- Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah keahlian untuk setiap Pasukan / Guild.
- Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
- Yuran Keahlian Kebangsaan dan Negeri : RM 3.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer)
- Yuran Keahlian Kebangsaan : RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil)
- Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula
- Sebelum 31 Mac setiap tahun
- Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
- Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
- Dikutip setiap tahun oleh Pesuruhjaya Daerah / Bendahari Kehormat Persatuan Pandu Puteri Melaka
- Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MELAKA" dan dihantar kepada Bendahari Kehormat, d/a 389, Lorong Setia Enam, Ayer Keroh Heights, 75450 Melaka.
- Dikutip setiap tahun oleh Pesuruhjaya Daerah / Bendahari Kehormat Persatuan Pandu Puteri Melaka
- Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.
- Ahli Seumur Hidup
- RM 250.00 sekali bayar
- Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja
- Sijil Pendaftaran Sementara untuk Pendaftaran Baru dan Penamaan Semula Nama Pasukan / Guild akan dikeluarkan serta-merta setelah dokumen yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sijil ASAL akan dikeluarkan dalam tempoh SATU BULAN selepas Sijil Pendaftaran Sementara dikeluarkan.
- Untuk keterangan lanjut, sila hubungi i. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Melaka di alamat berikut:
389, Lorong Setia Enam, AyerKerohHeights, 75450 Melaka.
Tel : 016 7570914 (hp Ketua Pesuruhjaya Negeri)