I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Monday, November 19, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KG TEHEL

TARIKH : 9 & 10 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT  : KG PARIT LAMPUNG & KG TANJUNG LABOH,TEHEL.
PENYERTAAN  DAERAH JASIN  : 19 ORANG PP TUNAS (SK KESANG TUA)
                                                            5 ORANG PP TUNAS ( SK BKT SENGGEH)
                                                            4 ORANG PANDU PUTERI RENJER (SMKDB)


Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Jasin telah menjalankan khidmat masyarakat membantu membersihkan kawasan rumah mangsa-mangsa banjir di Kg Tanjung Laboh dan Kg. Parit Lampung,Tehel. 
 
Seramai 35 orang ahli Pandu Puteri Daerah Jasin bersama 5 orang guru pemimpin telah bekerjasama membersihkan rumah yang terlibat. Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri malaysia Cawangan Melaka, Datin Wira Hajah Zainun binti Tun Ghafar dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, Pn m Vijayaletchumi turut sama turun padang membantu mangsa. 
 
Program ini turut dibantu oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Program ini merupakan kesinambungan projek bantuan kepada mangsa banjir  yang telah dijalankan pada Februari yang lalu.  
 
Penglibatan ahli dalam program khidmat masyarakat kali ini diharapkan dapat menyuburkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab sosial dalam diri setiap ahli persatuan kepada mangsa yang di timpa bencana alam di samping menanamkan semangat kesukarelawanan dalam membantu masyarakat.



ketibaan Ketua Menteri Melaka
makan sebelum buat kerja
Datin Wira Hjh Zainun & Puan M Vikayaletchumi
naik lori MPHTJ
Datin Wira bersama Pn. Vijaya & Mdm Angela KOng

Sunday, November 18, 2012

KEM PANDU PUTERI KEBANGSAAN 2012

TARIKH  : 1 - 5 NOV. 2012
TEMPAT  : KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN,BUKIT KATIL
PESERTA MELAKA : 57 ORG & 2 GURU PEMIMPIN

Pandu Puteri drp SMKA Tun Perak
berbasikal
Pn. Mahiran (SMK Air Keroh) & Pn. Rashidah (SMKDB)
antara pemimpin Negeri Melaka
QM sentiasa sibuk di dapur
kontinjen Melaka
persediaan untuk 'campfire'
taklimat malam

Ketua menteri Melaka

KARNIVAL PANDU PUTERI TUNAS KEBANGSAAN

TARIKH : 12-14 OKT. 2012
TEMPAT : BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT,PERAK.
PENYERTAAN : 5 ORANG AHLI PP TUNAS (JASIN) & I ORG GURU PEMIMPIN

sarapan di R & R Seremban
waktu tiba di BMLR
taklimat sebelum masuk bilik
naik chairlift
kontinjen Melaka
selepas jungle tracking

menuju ke Pulau orang utan
pandu puteri tunas jasin
adik Balqis Hairudin semasa Hormat Besar

Sunday, August 12, 2012

PROGRAM KAMI PRIHATIN 2012

Assalamualaikum dan Salam Pandu Puteri semua.
 Persatuan Pandu Puteri Daerah Jasin dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Kesang Tua telah mengadakan Program Kami Prihatin bersempena dgn tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.

Sumbangan diterima daripada seluruh warga SK Kesang Tua berupa wang tunai dan barangan makanan seperti beras, gula, tepung, susu dan sebagainya.
Sambutan amat menggalakkan dan kami telah memilih seramai 30 buah keluarga untuk disalurkan sumbangan tersebut terdiri daripa ank yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Terima kasih sekali lagi kepada guru besar yang memberi sokongan dan juga kpd seua guru pemimpin dan ahli pandu puteri tunas yang terlibat. Semoga kerjasama ini dapat meringankan bebanan keluarga yang menerima sumbangan ini.


membungkus sumbangan yang diterima


sebelum bergerak ke rumah murid yang menerima sumbangan



antara sumbangan yang diberikan



ibu kepada adik Siti Aisyah Ab. Saman



bapa kepada adik Izzat ( 2K)



Guru Besar dan GPK bersama datuk adik MOhd Asyraf (1K)

keluarga adik Puteri Dayana Roslan  (6G)
keluar adik Firdaus Raub  (1G)