I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Thursday, February 24, 2011

Perhatian kepada semua pemimpin Pandu Puteri daerah Jasin,

Surat bagi acara Sambutan Hari Peringatan Peringkat Negeri dan Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer Negeri telahpun diedarkan Bagaimanapun bagi sekolah yang masih belum menerima surat tersebut, para pemimpin boleh melawati portal PPD Jasin bagi mendapatkannya. Diharapkan para pemimpin mengambil peluang ini dengan menggalakkan penyertaan para ahli berkenaan bagi kedua-dua acara yang akan dijalankan serentak di tempat, masa dan tarikh yang sama iaitu 5 Mac dan bertindak segera.

Sekian.

Pn Hjh Samiah
Pesuruhjaya Daerah

BANTUAN KASIH 25 FEB 2011






Salam Pandu Puteri untuk semua,

Hari ini telah disampaikan bungkusan bantuan kepada dua orang mangsa banjir daerah Jasin. Kali ini mangsa yang dipilih merupakan warga SK Kesang Tua sendiri. Syukur alhamdulillah. Isyaaallah esok lusa bantuan akan diberikan kepada mangsa lain yang tidak sempat dikunjungi hari ini.


MESYUARAT MAJLIS RENJER DAN AJK PPPM DAERAH JASIN








Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini telah dijalankan Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer Daerah Jasin di PPD Jasin, (bangunan baru - sejuk....... sampai menggigilllll.

Pelantikan AJK Majlis PPR Daerah Jasin telah dijalankan. Bagaimanapun senarai AJK tidak dapat dimasukkan hari ini, akan dimasukkan kemudian.

Tahniah kepada semua PPRenjer yang hadir dan telah memilih AJK. Kalian memang berbakat dan boleh menjadi pemimpin.

Selepas ini tugasan sedia menanti kalian ye. Insyaallah aktiviti yang akan dijalankan iaitu Sukan Ria Pandu Puteri khas untuk PP Tunas akan diadakan di SK Kemendor. Bagaimanapun tarikh yang telah dipersetujui iaitu pada 12 Mac berkemungkinan akan ditukar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tunggu sahaja surat yang akan menyusul selepas ini.

Bagaimanapun kalian jangan risau. Yang dirancang akan dijalankan juga dengan sebaik-baiknya, apatah lagi PP Daerah Jasin sangat berbakat semuanya untuk mengendalikan program. Selepas ini anda mungkin akan merancang pula perkhemahan mini. Insyaallah.


Salam Pandu Puteri


Pesuruhjaya Daerah

Monday, February 21, 2011

BUNGKUSAN KASIH MANGSA BANJIR




Salam semua,

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Jasin dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Sek Keb Kesang Tua sedang menjalankan projek Bantuan Kepada Mangsa Banjir Daerah Jasin. Projek ini telah mendapat sambutan daripada ibu bapa dan guru-guru dengan memberikan bantuan berupa bahan makanan kering, alat tulis, barangan keperluan harian dan wang tunai. Sumbangan juga diterima daripada warga SK Air Molek, Melaka dan orang perseorangan. Pihak persatuan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK Kesang Tua dan Guru Besar SK Air Molek yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada projek ini.

Proses membungkus semula barangan telah dijalankan pada hari Sabtu, 19 Feb dan bungkusan bantuan akan disampaikan kepada mangsa banjir yang terdiri daripada warga SK Kesang Tua dan juga beberapa orang mangsa dari kawasan Tehel dan Simpang Bekoh.

Adalah diharapkan dengan menjalankan projek ini, selain dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir, kita juga akan dapat menanamkan semangan tolong-menolong dalam kalangan ahli pandu puteri.

Sekali lagi PPPMDaerah Jasin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan projek ini.


Terima kasih.

Hjh Samiah Samari
Pesuruhjaya Daerah
Salamkepada semua pemimpin dan ahli pandu puteri daerah Jasin.

Berikut ialah perancangan aktiviti 2011 yang telah dikemas kini mengikut perancangan aktiviti negeri dan kebangsaan. Saya sangat mengharapkan agar semua pemimpin dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan setiap perancangan dapat dijalankan sebaik mungkin.

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI MELAKA DAERAH JASIN

PERANCANGAN AKTIVITI 2011

TAHUN PEMIMPIN

MENINGKATKAN KESAKSAMAAN GENDER & MEMPERKASA WANITA

( GENDER EQUALITY & EMPOWERING WOMEN)

TARIKH

TEMPAT

ACARA / PROGRAM

PENGLIBATAN / TANGGUNGJAWAB

Januari – Mac

Kemaskini rekod keahlian /

Pendaftaran keahlian 2011

Semua ahli /

Pemimpin

3 – 4

Jan

TAHUN BARU CINA

11 – 13 Feb

Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya

4 calon PP Raja

18 – 20 Feb

Wisma KL

Girl’s Summit

PP Renjer

14 Feb

SK Jln Datuk Palembang

Mesyuarat / Taklimat / Road Show PPPCM Melaka dengan kerjasama JPM

Semua LEN & Guru Pemimpin

23 Feb

PPD Jasin

Mesyuarat Majlis Renjer Daerah Jasin

26 PP Renjer & 13 pemimpin

23 Feb

PPD Jasin

Mesyuarat JK Pandu Puteri Daerah Jasin 1

11 AJK

26

Feb

Kuala Lumpur

Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan

Mac

SMK Dang Anum

Road Show Daerah Jasin Merlimau

- Pemilihan Pesuruhjaya Daerah

Semua pemimpin Daerah Merlimau

4

Mac

Wisma KL

Kursus Jurulatih Berdiploma

Jurulatih

5

Mac

SMK Ghafar Baba

Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri

300 ahli & pemimpin

5

Mac

SMK Ghafar Baba

Mesyuarat Agung Majlis Pandu Puteri Renjer Negeri

PP Renjer setiap pasukan

12 – 14 Mac

Muar, Johor

Mesyuarat Agung Majlis Pandu Puteri Renjer Kebangsaan dan Cabaran / Khidmat

PJ Renjer

Mac

Perkhemahan Pandu Puteri & Pengakap Daerah Jasin

PP Renjer, PP Remaja, PP Tunas, Pemimpin /

AJK Perkhemahan

12

Mac

SK Kemendor

Sukan Ria Pandu Puteri Daerah Jasin

PP Tunas / PP Renjer / Pemimpin

12

Mac

SK Kemendor

Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Daerah Jasin

Tema: mengikut tema tahun ini

PP Tunas / PP Remaja / PP Renjer / Pemimpin

15 – 19 Mac

KL / Selangor

Perkhemahan Pemimpin

PJ Perkhemahan / PJ

25

Mac

SMT Bkt Piatu

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-80 PPPMCM

120 pemimpin

26

Mac

KL

Forum PP Siswi & Dewasa

PJ Pengurusan

28Mac –

2 Apr

Kem Lanchang

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka

9

Apr

SMK Padang Temu

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri

PJ Latihan / PJ Renjer / PJ Remaja

10

Apr

KL

Sambutan ‘Centenary’ 2011

PJ Perhubungan dgn Masyarakat

18-22 Apr

Kem Lanchang

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

23

Apr

SK Malim /

Sukan Ria Pandu Puteri (serentak seluruh negara)

PJ Tunas

23

Apr

SK Malim /

Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Negeri

29 - 30 Apr & 1 Mei

Kompleks Belia Air Keroh

Kursus Ketua Pasukan

120 PP Remaja / Renjer

29 - 30 Apr & 1 Mei

Wisma KL

Bengkel Selalu Sedia

Jurulatih

20 – 22 Mei

BTN

Kursus Pemimpin

100 pemimpin baru dan lama

29 – 31 Mei

Pulau Pinang

Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM

15 PJ / pemimpin

4 – 9 Jun

Sabah

Cabaran Centenary Kinabalu & Jejak Sabah

PJ Renjer

15 Jun

PPD Jasin

Mesyuarat JK Pandu Puteri Daerah Jasin 2

18 Jun

SMK Seri Pengkalan

Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Negeri Melaka

PJ Perhubungan dgn Masyarakat PJD AG

Jul – Sept

Dataran Jasin

Projek Mengumpul Dana ‘Cergasthon’

Tema : Wanita Sihat Keluarga Sejahtera

AJK Negeri, PJ Dana & PJ Daerah

1 - 3

Jul

KL

Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Kebangsaan

11 – 15

Jul

UK

World Conference

KPC

OGO

RAMADAN

Sept

Hotel Mahkota Century

Sambutan 85 tahun Pandu Puteri Negeri Melaka

300 ahli + tetamu

1 Okt

Rumah Anak Yatim / Wad Kanak-kanak Hospital

Projek Khidmat Masyarakat

Tema : Kami Membawa Keriangan

PJ Renjer + 40 PP Renjer

7 – 9

Okt

KL

Kursus Bakal Jurulatih

PJ Latihan

29 – 30 Okt

KL

Perhimpunan Guild Trefoil

Pj Antarabangsa

Nov

KL

Joint AP – Arab Regional Training of Trainers Workshop 2011

KPC

  • Jan / Feb / Apr / Jun / Sept : Lawatan Kemajuan ke Cawangan-cawangan (Progress Visit)
  • Setiap Jumaat : Projek Puteri Gemilang untuk bakal PP Raja di SMK Tinggi Melaka. Ahli yang telah lulus Ujian Kelas Dua digalakkan mengikuti bengkel ini
  • PROJEK ‘WE CARE WE SHARE’ : Setiap hari Sabtu minggu kedua di Japerun Bemban
Harap maklum. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila hubungi PJ Daerah

Terima kasih.

tt

Hjh Samiah Samari
Pesuruhjaya Daerah

Wednesday, February 16, 2011

MESYUARAT GURU PEMIMPIN PPPM MELAKA





TARIKH : 14 JAN. 2011 (ISNIN)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK JLN DATUK PALEMBANG



Thursday, February 10, 2011

Assalamualaikum dan salam pandu puteri

Pada bulan Februari ini Persatuan Pandu Puteri Daerah Jasin akan menjalankan 2 mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer dan Mesyuarat AJK Pandu Puteri Daerah Jasin.
Kedua-dua mesyuarat akan dijalankan serentak pada 23 Februari 2011 bertempat di PPD Jasin.

Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer diadakan bertujuan menubuhkan jawatankuasa kerja bagi merancang dan menjalankan acara Sukan Ria Pandu Puteri yang akan dijalankan pada 12 Mac 2011. Selain itu mesyuarat ini juga diadakan bagi membina hubungan yang erat dalam kalangan ahli pandu puteri renjer daerah Jasin.

Untuk itu, adalah diharapkan ahli pandu puteri renjer khususnya ketua atau ajk di peringkat sekolah yang dipilih nanti akan dapat memberikan kerjasama dengan idea dan tenaga untuk menjalankan program yang dirancang.

Selain itu, mesyuarat AJK PP Daerah Jasin juga akan dijalankan pada masa tarikh dan tempat yang sama bagi menyelaraskan tugas-tugas jawatankuasa bagi acara-acara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini khususnya bagi acara yang akan dijalankan di daerah Jasin pada penggal pertama ini.

Untuk pengetahuan semua pada penggal pertama ini PPP Daerah Jasin akan menjalankan acara Sukan Ria Pandu Puteri Daerah Jasin pada 12 Mac 2011 dan pada hari yang sama diadakan pula acara pertandingan pengucapan awam peringkat daerah Jasin. Pertandingan pengucapan awam ini akan dijalankan untuk kategori PP Tunas, PP Remaja dan PP Renjer. Untuk itu, saya mengharapkan semua sekolah di daerah Jasin yang mempunyai pasukan pandu puteri akan mengambil bahagian untuk memberi peluang kepada ahli menonjolkan bakat masing-masing.

Sekian untuk makluman semua ahli pandu puteri daerah Jasin.

Terima kasih.

Pn Hjh Samiah Samari
Pesuruhjaya Daerah