I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Thursday, February 10, 2011

Assalamualaikum dan salam pandu puteri

Pada bulan Februari ini Persatuan Pandu Puteri Daerah Jasin akan menjalankan 2 mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer dan Mesyuarat AJK Pandu Puteri Daerah Jasin.
Kedua-dua mesyuarat akan dijalankan serentak pada 23 Februari 2011 bertempat di PPD Jasin.

Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer diadakan bertujuan menubuhkan jawatankuasa kerja bagi merancang dan menjalankan acara Sukan Ria Pandu Puteri yang akan dijalankan pada 12 Mac 2011. Selain itu mesyuarat ini juga diadakan bagi membina hubungan yang erat dalam kalangan ahli pandu puteri renjer daerah Jasin.

Untuk itu, adalah diharapkan ahli pandu puteri renjer khususnya ketua atau ajk di peringkat sekolah yang dipilih nanti akan dapat memberikan kerjasama dengan idea dan tenaga untuk menjalankan program yang dirancang.

Selain itu, mesyuarat AJK PP Daerah Jasin juga akan dijalankan pada masa tarikh dan tempat yang sama bagi menyelaraskan tugas-tugas jawatankuasa bagi acara-acara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini khususnya bagi acara yang akan dijalankan di daerah Jasin pada penggal pertama ini.

Untuk pengetahuan semua pada penggal pertama ini PPP Daerah Jasin akan menjalankan acara Sukan Ria Pandu Puteri Daerah Jasin pada 12 Mac 2011 dan pada hari yang sama diadakan pula acara pertandingan pengucapan awam peringkat daerah Jasin. Pertandingan pengucapan awam ini akan dijalankan untuk kategori PP Tunas, PP Remaja dan PP Renjer. Untuk itu, saya mengharapkan semua sekolah di daerah Jasin yang mempunyai pasukan pandu puteri akan mengambil bahagian untuk memberi peluang kepada ahli menonjolkan bakat masing-masing.

Sekian untuk makluman semua ahli pandu puteri daerah Jasin.

Terima kasih.

Pn Hjh Samiah Samari
Pesuruhjaya Daerah

No comments: