I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Thursday, June 24, 2010

pendaftaran pp

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
CAWANGAN MELAKA
PROSEDUR PENDAFTARAN BARU / SEMULA
PASUKAN / KELAB / GUILD / AHLI
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
--------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Sedia dan lengkapkan dokumen berikut:
    1. Lampiran "C" - Borang Pendaftaran Sementara Pasukan / Guild
    2. Lampiran "D" - Borang Keahlian Ahli Dewasa / Pemimpin
    3. Lampiran "E" - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan / Guild
    4. Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Pasukan / Guild yang ASAL. Borang ini boleh diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
    5. Salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan / Guild)
    6. Yuran Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Baru)
  2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild
    • RM 5.00
    • Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru
    • Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
      1. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MELAKA" dan dihantar kepada Bendahari Kehormat, d/a 389, Lorong Setia Enam, Ayer Keroh Heights, 75450 Melaka.
    • Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Melaka untuk setiap pembayaran.
    • Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah keahlian untuk setiap Pasukan / Guild.
  3. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
    • Yuran Keahlian Kebangsaan dan Negeri : RM 3.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer)
    • Yuran Keahlian Kebangsaan : RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil)
    • Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula
    • Sebelum 31 Mac setiap tahun
    • Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
    • Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
      1. Dikutip setiap tahun oleh Pesuruhjaya Daerah / Bendahari Kehormat Persatuan Pandu Puteri Melaka
      2. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MELAKA" dan dihantar kepada Bendahari Kehormat, d/a 389, Lorong Setia Enam, Ayer Keroh Heights, 75450 Melaka.
    • Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.
  4. Ahli Seumur Hidup
    • RM 250.00 sekali bayar
    • Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja
  5. Sijil Pendaftaran Sementara untuk Pendaftaran Baru dan Penamaan Semula Nama Pasukan / Guild akan dikeluarkan serta-merta setelah dokumen yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sijil ASAL akan dikeluarkan dalam tempoh SATU BULAN selepas Sijil Pendaftaran Sementara dikeluarkan.
  6. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi i. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Melaka di alamat berikut:

    389, Lorong Setia Enam, AyerKerohHeights, 75450 Melaka.

    Tel : 016 7570914 (hp Ketua Pesuruhjaya Negeri)