I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

BAHAN SUMBER

ISTIADAT  LINGKUNGAN TUNAS

LAGU KUMPULAN BERENAM
 
SIANTAN 

– SIANTAN DATANG BERKAWAN , BERANI MACAM PAHLAWAN 

MELOR 
– MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA

KENANGA
– KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA

CEMPAKA
- CEMPAKA BERSUKA RIA MENOLONG ORANG DUKA

TERATAI
- TERATAI NAMA KAMI BEKERJA TIAP HARI 

KESIDANG
- KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI PETANG 

LAGU PANDU PUTERI TUNAS

PUTERI TUNAS BERTUJUAN
MENOLONG DAN BERKAWAN 

LAGU AHLI BARU 
AHLI BAHARU SUKA HATI
    MENJADI PUTERI TUNAS 

LAGU LOCENG TUNAS
TUHANKU,
SERUAN HAMBAMU,
BERI KAMI NIKMAT,
SEPANJANG HAYAT ,
SELAMAT TINGGAL  3 X
 
 
SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN
KAKAK SETIA AKAN MENENTUKAN TEMPAT MEMBUAT PERJUMPAAN 
 
LETAKKAN BENDERA PPTUNAS    ( PENNANT)
 
TENTUKAN TEMA KREATIVITI MEMBENTUK LINGKUNGAN 
 
BERI MASA AHLI BERBINCANG DALAM KUMPULAN
 
SETIAP KUMPULAN BERENAM MASUK DENGAN CARA REKAAN MENGELILINGI PENANT /PENANDA DAN BERDIRI  DISEBAHAGIAN LINGKUNGAN 


  AHLI BAHARU 

APABILA SEMUA KUMPULAN BERENAM PPTUNAS TELAH BERADA DALAM 
LINGKUNGAN , AHLI BAHARU YANG BERADA DALAM KUMPULAN AKAN TERUS MASUK 
KE TENGAH LINGKUNGAN DAN DUDUK BERTINGGUNG DI SITU 
 
LAGU PANDU PUTERI TUNAS 
 
SEMUA AHLI PEGANG TANGAN 
 
SKIP KE KIRI DAHULU NYANYI LAGU INI SAMPAI HABIS 
 
     PUTERI TUNAS  BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN
 
KEMUDIAN SKIP KE KANAN DAN NYANYI SEKALI LAGI .
 
SETELAH SELESAI ,LEPAS TANGAN , MENGHADAP KE DALAM .
 
SKIP KUMPULAN 
TIAP KUMPULAN AKAN MASUK KE TENGAH UNTUK MENYANYIKAN LAGU KUMPULAN
MULA-MULA MASUK BERSKIP, TANPA PEGANG TANGAN  , DAN MENG’HUMMING’ LAGU
KUMPULAN
    NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .

SETELAH MEMBENTUK BULATAN MENGELILINGI PENANDA, SKIP KEKIRI LAGU 
KUMPULAN DAN SKIP SEKALI LAGI KEKANAN
DAN MENYANYIKAN LAGU KUMPULAN 
 SETELAH TIBA PEGANG TANGAN DAN BERSEDIA UNTUK SKIP
DAN MENYANYI LAGU KUMPULAN 
 
SEMASA KELUAR 
LEPAS TANGAN  DAN SKIP
HUMMING LAGU KUMPULAN
BALIK KE LINGKUNGAN DIDAHULUI DENGAN KETUA KUMPULAN
KEMUDIAN KUMPULAN BERIKUTNYA MASUK HINGGA SELESAI KUMPULAN KEENAM 
 
AHLI BARU

SETELAH SEMUA KUMPULAN BERENAM SELESAI MASUK DALAM LINGKUNGAN , AHLI 
BAHARU AKAN BANGUN , BERPEGANG TANGAN DALAM BULATAN DAN SKIP KEKIRI 
SAMBIL MENYANYIKAN LAGU :
 
   AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS 

    KEMUDIAN SKIP KEKANAN DAN MENYANYIKAN LAGU SAMA SEKALI LAGI 

    AKHIR SEKALI SKIP SAMBIL HUMMING BALIK KE KUMPULAN ASAL MASING-MASING .


SETELAH SEMUA KUMPULAN SELESAI MENJALANKAN AKTIVITI INI , MAKA SECARA 
BERAMAI-RAMAI SEKALI LAGI PEGANG TANGAN ( DALAM LINGKUNGAN BESAR ) SKIP 
KEKIRI MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA  SELESAI , SKIP KE KANAN 
MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA SELESAI.
 
SETELAH SELESAI SKIP DALAM LINGKUNGAN BESAR BERAMAI-RAMAI 
 
SEMUA AHLI AKAN BERDIRI TEGAK , MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI DAN BERKATA
    “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”

KEDUDUKAN TANGAN TEGAK 
 
AHLI BAHARU TAK PERLU BERI ISYARAT HORMAT 
 
PEMIMPIN BOLEH KATA ‘TOS’ SEKALI UNTUK BERI KLU KEPADA AHLI UNTUK MEMBERI
HORMAT TOS
 
SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN

KAKAK SETIA AKAN MEMBUAT AKTIVITI BERIKUT ( MASIH DALAM LINGKUNGAN ) 
 
A. MEMERIKSA PAKAIAN AHLI TUNAS
B. MENGUTIP YURAN
C. MEMERIKSA KEBERSIHAN AHLI 
 
KREATIVITI 


PEMIMPIN BOLEH MEMBUAT SATU PUSINGAN UNTUK MENGUTIP YURAN
BAGI AKTIVITI MEMERIKSA KEBERSIHAN AHLI , 
BOLEH MENGGUNAKAN KREATIVITI  
Cth: BUAT AKSI STATIK ULTRAMAN ….Tujuan nya supaya ahli menunjukkan jari bagi pemeriksaan kuku 


BERSURAI


SETELAH SEMUA AKTIVITI  DIJALANKAN , KAKAK SETIA BOLEHLAH MEMINTA AHLI 
TUNAS BERSURAI
ARAHAN- AHLI TUNAS KELUAR BARIS
SEMUA AHLI AMBIL 1 LANGKAH KE DALAM PUSING KE KANAN DAN BERGERAK 
BEBAS.
 
TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN 


SETELAH SELESAI AKTIVTI MINGGUAN PEMIMPIN AKAN MENUTUP  PERJUMPAAN 
 
SEMUA AHLI BERDIRI  DALAM LINGKUNGAN BESAR 
 
PEMIMPIN AKAN BERI KATA-KATA ALUAN 
 
BERSURAI DENGAN NYANYI LAGU LOCENG TUNAS 
 
 **********************************************************************************************************










PERKHEMAHAN
Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut :
  • Berwaran
  • Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya
  • Semua ahli dilindungi insuran
  • Maksima perkhemahan lima hari empat malam
  • Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian )

Perancangan sebelum perkhemahan
  • Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan
  • Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem)
  • Mengadakan  mesyuarat staf perkhemahan
  • Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas.
  • Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor on call  dan Balai Polis).
  • Memilih staf perkhemahan iaitu :
Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak
  • Menyedia jadual aktiviti perkhemahan
  • Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan
  • Senarai peralatan perkhemahan

Semasa Perkhemahan

  • Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia semasa ahli mendaftar.
  • Menjalankan aktiviti yang dirancang
  • Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa
  • Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan masalah di tapak
  • Menjalankan mesyuarat Court Of  Honour (COH) setiap hari bersama staf perkhemahan dan ketua dan penolong kumpulan ( mesyuarat staf perkhemahan dan ketua-ketua kumpulan)
  • Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panji-panji.

 Selepas Perkhemahan

  • Membuat penilaian perkhemahan
  • Membuat laporan
  • Menghantar surat terima kasih kepada agensi yang terlibat membantu perkhemahan
  • Membersihkan tapak perkhemahan
  • Membersih dan menyimpan peralatan perkhemahan
  • Membaik pulih peralatan yang rosak



TUGAS-TUGAS STAF PERKHEMAHAN

KEM KOMANDAN
           
            Sebelum perkhemahan
            Kem Komandan adalah merupakan ketua di tapak perkhemahan .
·         Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan daripada pesuruhjaya Daerah, Perkhemahan, Ketua Pesuruhjaya negeri dan Ibu pejabat kebangsaan
·         Mengisi borang permohonan dalam tiga salinan dan dihantar ke ibupejabat satu bulan sebelum tarikh perkhemahan
·         Menubuh jawatankuasa perkhemahan yang terdiri daripada Kem Komandan, Juru pertolongan cemas, juru masak dan penolong-penolong.
·         Membuat kertas kerja perkhemahan dan menetapkan tarikh, tempat, tema , matlamat, kumpulan sasaran dan struktur organisasi perkhemahan.
·         Membuat surat menyurat kepada pihak sekolah, Balai Bomba,Balai Polis, Doktor On Call, semburan kabus anti aedes, Majlis Perbandaran, penceramah, peminjaman peralatan, kebenaran ibu bapa dan surat jemputan majlis perasmian atau penutupan.
·         Menyedia borang pendaftaran , kebenaran ibu bapa, kesihatan dan penilaian perkhemahan.
·         Melawat tapak perkhemahan bagi memantau kemudahan dan keselamatan.
·         Menyediakan jadual aktiviti cuaca baik dan cuaca buruk.
·         Mengurus pengangkutan jika perlu.
·         Menganjur latihan pra perkhemahan
·         Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan bagi pembelian bahan kering, bahan basah, sewa tapak, pengangkutan dan cenderamata.
·         Menentukan yuran perkhemahan
·         Merangka peraturan perkhemahan
·         Menyedia jadual tugas kumpulan.

   Semasa Perkhemahan
·         Datang awal ke tapak perkhemahan dan memantau pendaftaran pekhemah.
·         Mengagih pekhemah kepada kumpulan , mengadakan taklimat dan membuat agihan tapak .
·         Membina gajet perkhemahan iaitu tiang bendera, pintu gerbang, pagar, papan kenyataan dan rak beg pakaian pekhemah.
·         Mengendali istiadat dan upacara panji-panji.
·         Mengendali mesyuarat Court Of Honour ( Staf perkhemahan & ketua-ketua kumpulan)
·         Mengelola Malam Unggun Api
·         Membuat penilaian dan sesi refleksi

   Selepas Perkhemahan
·         Menyemak penyata akaun perbelanjaan.
·         Mengurus pengangkutan, peralatan perkhemahan dan membersih tapak.
·         Menghantar surat terima kasih dan membuat laporan & penilaian.





JURU PERTOLONGAN CEMAS

            Sebelum perkhemahan
·         Memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas
( kawasan yang teduh dan kondusif)
·         Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin.
·         Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos dan anduh.
·         Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktor   on call.
·         Menyediakan borang kesihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pekhemah.
·         Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pekhemah dan masalah kesihatan mereka
·         Memastikan ubat dan peralatan dalam peti pertolongan cemas tidak luput tarikh dan lengkap.
·         Mempunyai pengetahuan merawat dan memberi pertolongan cemas untuk masalah luka, kecederaan, patah, melecur, gigitan serangga,sawan, pengsan, rejatan, terkena benda tajam pada anggota badan, cara mengusung atau mengangkat pesakit, tercekik, bahaya asap, keracunan makanan, demam, sakit gigi, dan lain-lain kemalangan yang mungkin berlaku.

Semasa perkhemahan
·         Mendirikan khemah JPC dan gajet yang sesuai iaitu tripod & besin air, tuala kecil, screening untuk pekhemah menyalin pakaian dan untuk mandi jika perlu, rak ubat dalam khemah, ampaian dan  label / papan kenyataan.
·         Membuat label tandas dan tempat pembuangan sampah.
·         Menyediakan plastik / surat khabar lama  untuk membalut tuala wanita yang telah diguna.
·         Membuat catatan rekod pekhemah yang mendapatkan rawatan.
·         Memeriksa kebersihan tapak perkhemahan termasuk tandas dan dapur.
·         Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa untuk pekhemah.
·         Menyampaikan input sesi pertolongan cemas kepada pekhemah.

 Selepas perkhemahan
·         Membuat laporan dalam buku log dan memberi cadangan penambahbaikan.


JURU MASAK
               Sebelum perkhemahan
·      Membuat perancangan menu dan resepi yang sesuai untuk pekhemah.
·      Menyenarai  bahan basah dan kering untuk dimasak
·      Membuat anggaran perbelanjaan
·      Membeli barangan kering untuk persediaan perkhemah.
·      Memberi cadangan yuran perkhemahan berasas belanja dapur

      Semasa perkhemahan
  • Mendapat maklum balas tahap kesihatan dan pantang pemakanan dari JPC.
  • Menyediakan menu mengikut jadual yang ditetapkan dan keperluan makanan seimbang.
  • Mempamerkan jadual masa makan & minum pagi / petang kepada umum
  • Mengguna pelbagai kaedah penyediaan makanan
  • Membina gajet seperti lubang basah ( untuk membuang sisa makanan) dan tong sampah bagi membuang sisa sampah yang lain, rak dapur altar, rak penyimpan peralatan dan khemah untuk menyimpanbahan kering.
  • Menyediakan makanan khas untuk pekhemah yang memerlukannya.
  • Mengagih agihan bahan kepada pekhemah sekiranya mereka memasak sendiri.
  • Mengubahsuai menu mengikut keadaan cuaca di tapak perkhemahan.
  • Menyimpan baldi berisi pasir di kawasan dapur untuk mencegah bahaya api.
  • Menjalankan rutin bacaan doa sebelum makan.
  • Memaklum dan mengingatkan  Kem Komandan waktu makan pekhemah.
  • Menyediakan aktiviti seperti masakan rimba, pertandingan masakan atau solar jika perlu.

      Selepas perkhemahan
  • Mengumpul semua resit pembelian
  • Menyimpan peralatan serta penjagaannya.
  • Melelong baki makanan ( bahan kering ) yang belum diguna.
  • Membuat laporan perbelanjaan dan menyiapkan buku log.


 

AGIHAN TUGAS KUMPULAN

         Semasa perkhemahan konsep aktiviti berasaskan patrol mesti dilaksanakan. Iaitu Kem Komandan perlu mengagih kumpulan besar pekhemah kepada empat patrol.  Patrol ini boleh menggunakan nama yang telah ditentukan. Setiap patrol perlu dilantik ketua dan penolong. Semasa berkhemah semua ahli  menyelesaikan tugasan dan melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sikap kerjasama ini perlu ditekankan oleh pemimpin.

         
KUMPULAN
HARI
1
HARI
2
HARI
3
HARI
4
Kesihatan
1
2
3
4
Memasak
2
3
4
1
Menghidang
3
4
1
2
Kayu & Air
4
1
2
3

         
                          




TUGAS UTAMA KUMPULAN

Dalam buku Mari Berkhemah (1977) yang diterbitkan oleh persatuan Pandu Puteri Malaysia tugas kumpulan di bahagikan kepada empat yang utama. Iaitu  memasak, menghidang, kesihatan dan api & air. Pennambahan tugas atau pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya pekhemah menjalani perkhemahan dalam pelbagai situasi seperti kemudahan yang  lebih banyak,  kaedah memasak atau aspek keperluan kebersihan yang berbeza.

MEMASAK
MENGHIDANG
Mengambil agihan bahan ke tapak perkhemahan
Menyedia dan memasak untuk pekhemah
Mengemas bahan basah dan kering di dapur
Menyimpan bahan makanan dengan baik
Mengemas peralatan dapur yang telah diguna

Menyiapkan tempat untuk makan pekhemah
Menghidang makanan yang siap di masak
Menyediakan minuman ringan pagi & petang
Bertugas membaca doa
Bertugas menaikkan panji-panji pada hari tersebut
API DAN AIR
KESIHATAN
Menyediakan kayu api untuk memasak
Menyediakan air untuk memasak dan keperluan di dapur
Bertugas  membersihkan dan mengisi bekas air


Menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi  setiap pagi dan petang
Membuang sampah dari tapak perkhemahan ke tempat yang ditentukan
Memastikan tapak perkhemahan bersih sepanjang masa



KAEDAH  DAN   PENGISIAN  CONTOH AKTIVITI PERKHEMAHAN

           1. Belajar sambil bermain  ( games )
           2. Puzzle / jigsaw puzzle
           3. Menggunakan air 
           4. Fotografi ( digital  )
           5. Permainan tradisional
           6. Pergerakan kreatif – menyampaikan mesej
           7. Perbincangan – memberi pendapat / pandangan untuk penambahbaikan pasukan
           8. Kraftangan  - dari pelbahagi bahan/ terbuang / boleh recycle / alam semulajadi
           9. Kerja tangan – menjahit , menyulam , manik
          10. Melukis / mewarna / mencipta poster kempen kesedaran
          11. Menggunakan muzik & nyanyian
          12. Mencipta lagu / bunyi
          13. Lakonan
          14. Mencipta sesuatu kreativiti berasas sumber terbuang – jadikan bahan bantu aktiviti kepanduan
          15. Persembahan -  menggunakan bahan terbuang ( prop) / Ratu Rimba / Ratu Recycle
          16. Lawatan – meningkatkan ilmu/ mencari maklumat  di kawasan persekitaran tapak
          17. Kerja komuniti di kawasan berdekatan
          18. Masakan solar
          19. Kembara
          20. Permainan Luas atau gerak kerja luar
          21. Amali atau demonstrasi CPR
          22. Amali atau demonstrasi cara mengangkat pesakit
          23. Sukaneka untuk suai kenal
          24. Sesi suai mesra khas dengan pemimpin veteran
          25. Menyediakan buku log kumpulan


 


PERALATAN  PESERTA

       A. PERALATAN INDIVIDU

1.
Keperluan pengurusan  & kebersihan diri 
2.
Sleeping Bag
3.
Pakaian Seragam Lengkap
4.
Kasut sukan / selipar
5.
Pinggan/ Mangkuk sup / Gelas / Sudu
6.
Baldi / sepit baju / penyangkut baju
7.
8.
Pakaian T yang seragam bagi semua aktiviti / ubat ubatan peribadi
Baju Hujan


      B. PERALATAN UNTUK AKTIVITI

1.
Topi
2.
Buku Log Perkhemahan  / buku catatan
3.
Alat Tulis / pen berwarna
4.
Gunting
5.
Gam kertas
6.
Kertas warna
7.
Tikar / alas  untuk duduk semasa aktiviti / surat khabar lama / ground sheet
8.
Kostum untuk persembahan
9.
Pisau lipat ( aktiviti gajet & backwoodsman )
10.
Sarung tangan ( untuk gajet )
11.
Hadiah manito ( 2 buah : RM5.00 keatas setiap satu  )
12.
13.
14.
15.  
Lampu Suluh / Lilin / mancis
Mess tin
Kain lap / buruk.
Buku nyanyian


PERMAINAN LUAS

Ia merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk dikendalikan . Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan,  padang yang luas, bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama lebihkurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan .Tetapi sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan adalah bertujuan untuk  menerap nilai kerjasama, kepimpinan, kepanduan dan juga kerjasama berpasukan .

Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan  ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan ikatan,  tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti  kemahiran kepanduan.

Sebelum  aktiviti dijalankan pemimpin perlu merancang apakah kemahiran yang hendak diuji dan juga sasaran masa permainan. Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya memenuhi objektif.  Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung kepada  jangkamasa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan.

Kumpulan boleh dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh memberi satu aktivti ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan boleh meneruskan permainan.

CONTOH  AKTIVITI

 

Aktiviti 1:

Bekalan : alat tulis, buku catatan ,buah dadu ,duit RM3.00 ( sekiranya aktiviti diadakan berdekatan dengan kawasan bandar atau pekan)

    Stesen 1    
·         Kutip lima jenis benda hidup dan lima benda buangan .
·         Nyatakan kegunaan benda hidup tersebut dan jelaskan bagaimana alam sekitar di kawasan anda  terancam dari aktiviti manusia .
·         Setelah mendapat maklumat di atas anda dan sekumpulan rakan anda terpijak bom dan semua ahli menjadi buta kecuali seorang yang paling muda di antara anda.
·         Guna skaf dan tutup mata untuk sampai ke stesen berikutnya
·         Ketua perlu memerhati  tanda mengesan sepanjang perjalanan untuk sampai ke stesen berikutnya.

     

Stesen 2
     Tugasan  2
·         Anda dan sekumpulan rakan anda terserempak seorang kanak-kanak yang menangis berumur 6 tahun , bajunya koyak dan badannya lebam.
·         Nyatakkan lima faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku
·         Catatkan apakah  tindakan kumpulan anda. Teruskan perjalanan ke stesen tiga di kaki bukit
  
     Stesen 3
     Tugasan 3
·         Semasa berjalan tadi salah seorang dari rakan anda tercedera dan tidak boleh berjalan.
·         Tunjukkan kepada  pembantu di stesen cara untuk merawat kaki terseliuh dan setelah siap membuat balutan bergerak ke stesen yang berikutnya.

     Stesen 4

     Tugasan 4

·         Teruskan perjalanan anda dan dapatkan maklumat – maklumat berikut :
-          Nama lima buah kedai makan dan kedai buku di pekan Tenom.
-          Lukis lima tanda jalan (road sign) yang anda temui sepanjang perjalanan.
-          Lukis peta arah jalan menuju ke Hospital Tenom dan  Stesen Kereta Api Tenom
-     Balik semula ke pengkalan


PERMAINAN KIM

Permainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang memerhati benda yang dipamerkan selama dua  minit sebelum  ditutup dengan sehelai kain.  Sekiranya ahli berjaya mengenalpasti  sekurang-kurangnya 25 dari 30 benda yang dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.


GERAK KERJA LUAR
Gerak kerja luar merupakan satu cara pemimpin boleh meningkatkan kesedaran ahli kepada alam sekitar. Pelbagai pendekatan boleh digunakan termasuklah aktiviti rekreasi dan permainan. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan kepada ahli Tunas semasa perjumpaan atau perkhemahan.


Arahan ; Semua ahli bergerak dalam kumpulan masing–masing dan tugasa ini perlu diselesaikan dalam jangkamasa 40 minit. Semua bahan perlu dipamer secara kreatif di atas kertas mahjung dan dilabelkan . selamat mencuba sehabis baik.

(a)    Buat 10 jenis  lorekan permukaan dari persekitaran anda .
(b)   Kumpulkan 10 jenis bahan semulajadi di persekitaran anda. Terangkan kegunaan bahan tersebut.
(c)    Kumpul 10 bahan asing yang terdapat di persekitaran anda. Nyatakan apakah kesannya terhadap alam sekitar.
(d)   Cari  5 jenis tumbuhan yang boleh digunakan dalam masakan.
(e)    Cari sekurang-kurangnya satu jenis bahan boleh dibuat ubat / merawat sakit.
(f)    Cipta  dua rangkap pantun yang berkaitan dengan alam sekitar tempat anda berada sekarang.


Pemimpin bolehlah menyediakan borang markah seperti berikut untuk menilai persembahan kumpulan .


Perkara
Kenanga
Siantan
Melor
Kesidang
Teratai
Cempaka
Jenis lorekan (10 M)






Bahan semulajadi (10M)






Bahan asing ( 10 M)






5 jenis tumbuhan ( 5 M)






Bahan untuk ubat / rawatan (5 M)






Dua rangkap pantun ( 10 M)







MASAKAN SOLAR
Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan  cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai  satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan  bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik .

  

Bahan-bahan yang diperlukan ialah aliminium foil, periuk memasak nipis yang disembur cat aerosol  hitam, kertas kadbord yang tebal, gam, plastik, tali rapiah dan tiga batu kecil diletak dibawah panci semasa memasak.  Ukuran dapur adalah seperti berikut.

Cara memasak Puding Roti  menggunakan dapur solar.
Bahan-bahan
Empat keping roti di potong dadu dan disusun di dalam periuk  
2 sudu gula halus, 1 sudu tepung kastard, 3 biji telur  ( digaul sekali )
450ml susu segar

                                          

Kaedah ini sesuai digunakan oleh ahli semasa mengikuti aktiviti perkhemahan dan perkelahan di masa terdapat cuaca matahari yang mencukupi.