TEMPAT : KG PARIT LAMPUNG & KG TANJUNG LABOH,TEHEL.
PENYERTAAN DAERAH JASIN : 19 ORANG PP TUNAS (SK KESANG TUA)
5 ORANG PP TUNAS ( SK BKT SENGGEH)
4 ORANG PANDU PUTERI RENJER (SMKDB)
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Daerah Jasin telah menjalankan khidmat masyarakat membantu membersihkan
kawasan rumah mangsa-mangsa banjir di Kg Tanjung Laboh dan Kg. Parit
Lampung,Tehel.
Seramai 35 orang ahli Pandu Puteri Daerah Jasin bersama 5
orang guru pemimpin telah bekerjasama membersihkan rumah yang terlibat.
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri malaysia Cawangan Melaka, Datin
Wira Hajah Zainun binti Tun Ghafar dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu
Puteri Malaysia Cawangan Melaka, Pn m Vijayaletchumi turut sama turun
padang membantu mangsa.
Program ini turut dibantu oleh Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya. Program ini merupakan kesinambungan projek bantuan kepada mangsa banjir yang telah dijalankan pada Februari yang lalu.
Penglibatan
ahli dalam program khidmat masyarakat kali ini diharapkan dapat
menyuburkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab sosial dalam diri
setiap ahli persatuan kepada mangsa yang di timpa bencana alam di
samping menanamkan semangat kesukarelawanan dalam membantu masyarakat.
ketibaan Ketua Menteri Melaka |
makan sebelum buat kerja |
Datin Wira Hjh Zainun & Puan M Vikayaletchumi |
naik lori MPHTJ |
Datin Wira bersama Pn. Vijaya & Mdm Angela KOng |