I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Wednesday, March 16, 2011

KOROBORI PENGAKAP MALAYSIA 2011




TARIKH : 11 HINGGA 16 MAC 2011
TEMPAT :KEM PENGAKAP MELAKA, TAN CHAY YAN

Seramai 6 orang ahli Pandu Puteri Tunas SK Kesang Tua Jasin telah mengikuti Korobori Pengakap Malaysia 2011 atas jemputan Persekutuan Pengakap Melaka. Perasmian telah dilakukan oleh TYT Melaka iaitu Tan Sri Khalil bin Yaakob.

Wednesday, March 2, 2011

Dipetik daripada akhbar Sinar Harian 2 Mac 2011

Bukan setakat kegiatan ahli

JASIN - Persatuan Pandu Puteri Malaysia bukan sekadar komitmen melahirkan golongan remaja wanita berkaliber, sebaliknya mendedahkan ahlinya kepada aktiviti kemasyarakatan.

Begitulah komitmen yang dilakukan Persatuan Pandu Puteri Malaysia daerah Jasin, di sini.

Pesuruhjaya Daerah, Samiah Samari berkata, salah satu aktiviti dilaksanakan persatuan sebelum ini termasuk bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir dengan kerjasama dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas Sekolah Kebangsaan (SK) Kesang Tua, di sini.

Menurutnya, Projek dilancarkan awal bulan lalu mendapat kerjasama dan sambutan baik daripada warga sekolah terbabit termasuk ibu bapa serta orang perseorangan.

“Sebelum ini program lebih tertumpu kepada aktiviti melibatkan ahli Pandu Puteri sahaja, namun melalui program ini mereka didedahkan dengan masyarakat luar untuk menyalurkan bantuan.

“Dengan adanya ruang dan peluang ini bukan sekadar menunjukan Pandu Puteri prihatin terhadap mangsa banjir tetapi yang lebih penting memberikan ilmu dan pengalaman bermanfaat kepada mereka terlibat. Pengalaman ini sukar diperolehi pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Samiah berkata, aktiviti amal ini diharap menjadi titik tolak untuk melaksanakan pelbagai program amal selepas ini yang tidak tertumpu kepada mangsa banjir saja.

“Tujuan kita adalah sama, untuk membantu mereka memerlukan dan kurang bernasib baik agar sama-sama dapat merasai kepayahan dan kesusahan dihadapi.

Pada aktiviti itu, sebanyak 20 bungkusan sumbangan beserta wang tunai diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan Kampung Kesang, Tehel dan Simpang Bekoh melibatkan 43 ahli Pandu Puteri.

Tuesday, March 1, 2011

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR PADA (1 MAC)




Pesuruhjaya Daerah bersama-sama setiausaha Pn Patimahtun dan JK PP Tunas Pn Sarimah menghantar bungkusan Bantuan Kasih Mangsa Banjir Daerah Jasin 2011 di SMK Simpang Bekoh. Bungkusan diberikan kepada 4 orang mangsa yang dipilih.

Thursday, February 24, 2011

Perhatian kepada semua pemimpin Pandu Puteri daerah Jasin,

Surat bagi acara Sambutan Hari Peringatan Peringkat Negeri dan Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer Negeri telahpun diedarkan Bagaimanapun bagi sekolah yang masih belum menerima surat tersebut, para pemimpin boleh melawati portal PPD Jasin bagi mendapatkannya. Diharapkan para pemimpin mengambil peluang ini dengan menggalakkan penyertaan para ahli berkenaan bagi kedua-dua acara yang akan dijalankan serentak di tempat, masa dan tarikh yang sama iaitu 5 Mac dan bertindak segera.

Sekian.

Pn Hjh Samiah
Pesuruhjaya Daerah

BANTUAN KASIH 25 FEB 2011






Salam Pandu Puteri untuk semua,

Hari ini telah disampaikan bungkusan bantuan kepada dua orang mangsa banjir daerah Jasin. Kali ini mangsa yang dipilih merupakan warga SK Kesang Tua sendiri. Syukur alhamdulillah. Isyaaallah esok lusa bantuan akan diberikan kepada mangsa lain yang tidak sempat dikunjungi hari ini.


MESYUARAT MAJLIS RENJER DAN AJK PPPM DAERAH JASIN








Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini telah dijalankan Mesyuarat Majlis Pandu Puteri Renjer Daerah Jasin di PPD Jasin, (bangunan baru - sejuk....... sampai menggigilllll.

Pelantikan AJK Majlis PPR Daerah Jasin telah dijalankan. Bagaimanapun senarai AJK tidak dapat dimasukkan hari ini, akan dimasukkan kemudian.

Tahniah kepada semua PPRenjer yang hadir dan telah memilih AJK. Kalian memang berbakat dan boleh menjadi pemimpin.

Selepas ini tugasan sedia menanti kalian ye. Insyaallah aktiviti yang akan dijalankan iaitu Sukan Ria Pandu Puteri khas untuk PP Tunas akan diadakan di SK Kemendor. Bagaimanapun tarikh yang telah dipersetujui iaitu pada 12 Mac berkemungkinan akan ditukar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tunggu sahaja surat yang akan menyusul selepas ini.

Bagaimanapun kalian jangan risau. Yang dirancang akan dijalankan juga dengan sebaik-baiknya, apatah lagi PP Daerah Jasin sangat berbakat semuanya untuk mengendalikan program. Selepas ini anda mungkin akan merancang pula perkhemahan mini. Insyaallah.


Salam Pandu Puteri


Pesuruhjaya Daerah