I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Saturday, February 4, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM 2012




TARIKH : 2 FEB. 2012 (KHAMIS)
MASA : 2.30 - 5.00 PETANG
TEMPAT : PPD JASIN
KEHADIRAN :1. TUAN TIMBALAN PPD JASIN
2. EN. MOHD MOGNI BIN HAMZAH
3. KPC PUAN VIJAYALETCHUMI
4. AJK PPPM DAERAH JASIN
5. GURU-GURU PEMIMPIN PPPM DAERAH JASIN
AGENDA : UCAPAN KP DAERAH
UCAPAN KPC
UCAPAN WAKIL PPD JASIN
PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI & KEWANGAN 2011
BANGKITAN
PENDAFTARAN
PROGRAM 2012
PROJEK MUDBALL
HAL-HAL LAIN

Friday, November 11, 2011

MAJLIS PENUTUP CERGASTHON & PERTANDINGAN SENAMROBIK 2011

Majlis penutup Projek Cergasthon Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Melaka dan pertandingan senamrobik persatuan yang akan diadakan pada 12 Nov. 2011 (Sabtu) bertempat di SMK Tun Syed Zahiruddin,Ayer Tawar,Merlimau,Melaka.


Tetamu yang hadir ialah Yg Berbhg Datin seri Zalilah binti Mohd Taib, Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah, Datin Wira Hjh. Zainun binti Tun Ghaffar, Lembaga Eksekutif Negeri, AJK Pengelola ( AJK Daerah Jasin), guru-guru pemimpin,serta ahli-ahli persatuan negeri Melaka.Semoga segalanya akan berjalan lancar.

Terima kasih kepada AJK Pengelola atas semua kerjasama yang diberikan sebagai persediaan majlis ini.






Tetamu yang hadir ialah Yg Berbhg Datin seri Zalilah binti Mohd Taib, Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah, Datin Wira Hjh. Zainun binti Tun Ghaffar.

Monday, October 10, 2011

SEKITAR PERTANDINGAN KAWAD KAKI PPPM MELAKA 2011





CERGASTHON PPPM MELAKA 2011

EDARAN KEPADA GURU PEMIMPIN SETIAP SEKOLAH AHLI




TAKLIMAT DRP PESURUHJAYA DAERAH,PN. HJH. SAMIAH SAMARI




KAD CERGASTHON


Sunday, July 3, 2011

Perkhemahan Cuti Pek Pandu Puteri Tunas Daerah Jasin

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Pandu Puteri,

Syukur alhamdulillah, program perkhemahan cuti pek yang dirancang telah dapat dijalankan dengan sempurna pada 24 hingga 26 Jun 2011 bertempat di SK Kesang Tua. Sebanyak 6 buah sekolah di daerah Jasin telah mengambil bahagian iaitu SJK(T) Jasin (8), SK Air Baruk (1), SK Bukit Senggeh (4), SK Kemendor (8), SK Kesang Tua (21) dan SK Tehel (4). SJKC Tiang Dua juga menghantar seorang ahli.

Perkhemahan ini mengkhususkan aktiviti ujian kecekapan iaitu Lencana Pemerhati, Lencana Pemberi Isyarat, Lencana Ahli Rumahtangga, Lencana Tukang Masak, Lencana Pelayan Tetamu, Lencana Penyanyi dan Lencana Pelakon.

Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 3 petang, hari Jumaat 24 Jun diikuti dengan aktiviti mendirikan khemah. Selepas Solat Maghrib, para peserta membaca Yassin dan diberikan sedikit tazkirah oleh PJ Daerah sebelum solat Isya. Selepas itu, aktiviti ice-breaking, dan taklimat oleh Kem Komandan, Pn Sarimah Mohd Ghazali, kemudian nyanyian lagu-lagu pandu puteri. Sesi malam pertama berakhir pada jam 11 malam.

Pada hari kedua (pagi), selepas sesi istiadat, program dipenuhi dengan aktiviti ujian yang dijalankan secara berkumpulan (kumpulan berenam) mengikut stesen, manakala pada sebelah petang, selepas ujian Lencana Tukang Masak, para peserta diberikan masa untuk persiapan malam kebudayaan yang juga merupakan ujian Lencana Penyanyi dan Lencana Pelakon. Semua peserta balik ke khemah selepas selesai ujian, taklimat dan minum malam pada pukul 11.30 malam.

Hari terakhir dimulakan dengan sukan ria pandu puteri selepas para peserta bersarapan pagi. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa orang ahli pandu puteri renjer dari SMK Datuk Bendahara, SMK Iskandar Syah, SMK Tun Perak dan SMK Jasin. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain 4 jenis permainan yang menarik. Selepas itu, para peserta mengemas khemah dan bersiap-siap untuk upacara penutupan rasmi.

Tepat jam 11 pagi YB En Chua Kheng Hwa telah tiba untuk majlis perasmian penutup. Selain ucapan, majlis penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh YB. Selepas berakhir penutupan rasmi, para peserta membuka khemah dan bersurai.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Jasin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
1. YB En Chua Kheng Hwa,
2. JPN dan PPD Jasin,
3. GB SK Kesang Tua,
4. AJK Kerja termasuk guru-guru SKKT bukan pemimpin pandu Puteri,
5. GB sekolah-sekolah yang terlibat,
6. guru-guru pemimpin dan peserta perkhemahan
yang telah sama-sama menjalankan dan menjayakan program yang telah dirancang bagi kepentingan ahli-ahli pandu puteri tunas daerah Jasin. "JASAMU DIKENANG"

Saya berharap kejayaan program ini akan menjadi penggalak kepada banyak lagi program di peringkat daerah yang akan dijalankan pada masa-masa hadapan dan semoga ahli-ahli pandu puteri daerah Jasin akan dapat meningkatkan pencapaian dalam aktiviti pandu puteri sehingga ke peringkat tertinggi suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.