I made this widget at MyFlashFetish.com.

klik sini

Monday, October 10, 2011

CERGASTHON PPPM MELAKA 2011

EDARAN KEPADA GURU PEMIMPIN SETIAP SEKOLAH AHLI




TAKLIMAT DRP PESURUHJAYA DAERAH,PN. HJH. SAMIAH SAMARI




KAD CERGASTHON


Sunday, July 3, 2011

Perkhemahan Cuti Pek Pandu Puteri Tunas Daerah Jasin

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Pandu Puteri,

Syukur alhamdulillah, program perkhemahan cuti pek yang dirancang telah dapat dijalankan dengan sempurna pada 24 hingga 26 Jun 2011 bertempat di SK Kesang Tua. Sebanyak 6 buah sekolah di daerah Jasin telah mengambil bahagian iaitu SJK(T) Jasin (8), SK Air Baruk (1), SK Bukit Senggeh (4), SK Kemendor (8), SK Kesang Tua (21) dan SK Tehel (4). SJKC Tiang Dua juga menghantar seorang ahli.

Perkhemahan ini mengkhususkan aktiviti ujian kecekapan iaitu Lencana Pemerhati, Lencana Pemberi Isyarat, Lencana Ahli Rumahtangga, Lencana Tukang Masak, Lencana Pelayan Tetamu, Lencana Penyanyi dan Lencana Pelakon.

Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 3 petang, hari Jumaat 24 Jun diikuti dengan aktiviti mendirikan khemah. Selepas Solat Maghrib, para peserta membaca Yassin dan diberikan sedikit tazkirah oleh PJ Daerah sebelum solat Isya. Selepas itu, aktiviti ice-breaking, dan taklimat oleh Kem Komandan, Pn Sarimah Mohd Ghazali, kemudian nyanyian lagu-lagu pandu puteri. Sesi malam pertama berakhir pada jam 11 malam.

Pada hari kedua (pagi), selepas sesi istiadat, program dipenuhi dengan aktiviti ujian yang dijalankan secara berkumpulan (kumpulan berenam) mengikut stesen, manakala pada sebelah petang, selepas ujian Lencana Tukang Masak, para peserta diberikan masa untuk persiapan malam kebudayaan yang juga merupakan ujian Lencana Penyanyi dan Lencana Pelakon. Semua peserta balik ke khemah selepas selesai ujian, taklimat dan minum malam pada pukul 11.30 malam.

Hari terakhir dimulakan dengan sukan ria pandu puteri selepas para peserta bersarapan pagi. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa orang ahli pandu puteri renjer dari SMK Datuk Bendahara, SMK Iskandar Syah, SMK Tun Perak dan SMK Jasin. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain 4 jenis permainan yang menarik. Selepas itu, para peserta mengemas khemah dan bersiap-siap untuk upacara penutupan rasmi.

Tepat jam 11 pagi YB En Chua Kheng Hwa telah tiba untuk majlis perasmian penutup. Selain ucapan, majlis penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh YB. Selepas berakhir penutupan rasmi, para peserta membuka khemah dan bersurai.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Jasin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
1. YB En Chua Kheng Hwa,
2. JPN dan PPD Jasin,
3. GB SK Kesang Tua,
4. AJK Kerja termasuk guru-guru SKKT bukan pemimpin pandu Puteri,
5. GB sekolah-sekolah yang terlibat,
6. guru-guru pemimpin dan peserta perkhemahan
yang telah sama-sama menjalankan dan menjayakan program yang telah dirancang bagi kepentingan ahli-ahli pandu puteri tunas daerah Jasin. "JASAMU DIKENANG"

Saya berharap kejayaan program ini akan menjadi penggalak kepada banyak lagi program di peringkat daerah yang akan dijalankan pada masa-masa hadapan dan semoga ahli-ahli pandu puteri daerah Jasin akan dapat meningkatkan pencapaian dalam aktiviti pandu puteri sehingga ke peringkat tertinggi suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.


Wednesday, June 15, 2011

Pertandingan Pengucapan Awam PPPM Peringkat Daerah Jasin




Salam pandu puteri kepada semua,

Pertandingan Pengucapan Awam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Daerah Jasin telah dijalankan pada 14 Jun 2011 bertempat di SMK Datuk Bendahara, jam 2.30 petang. Seramai 2 orang peserta PP Tunas, 7 orang peserta PP Remaja, 5 orang peserta PP Renjer dan seorang pemimpin muda telah mengambil bahagian. Mereka merupakan ahli pandu puteri SK Kesang Tua, SMK Datuk Bendahara, SMK Iskandar Shah, SMK Tun Perak, SMK Nyalas, SMK Seri Bemban, SMK Selandar, dan SMK Seri Mahkota.

Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori. Mereka akan mewakili Daerah Jasin dan Merlimau dalam pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 24 Jun 2011 di SK Bukit Senggeh. Saya berharap agar peserta daerah Jasin akan menempa kejayaan nanti. Bersedialah dengan lebih baik.

Saya dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPD Jasin terutamanya En Mohd Moghni Hamzah, Tn Hj Rusti Mistam Pengetua SMK Datuk Bendahara, para hakim, pemimpin dan peserta serta para AJK yang telah memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih daun keladi.



Jasamu dikenang.

Friday, May 20, 2011

Assalamualaikum,

Perhatian kepada ahli pandu puteri daerah Jasin,

Program yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini ialah

1. Pertandingan Pengucapan Awam
Tarikh : 14 Jun 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SK Kemendor
Peserta : Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Remaja
Pandu Puteri Renjer
Pemimpin Muda ( bawah 25 tahun)
Tema : Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasa Wanita
(Gender Equality and Empowering Woman)
Bahasa : Bahasa Inggeris
Penyertaan : RM 5.00 (seorang)

Sila hantar pengesahan penyertaan pada atau sebelum 13 Jun 2011 kepada Pesuruhjaya Daerah (Pn Hjh Samiah Samari) di SK Kesang Tua melalui fax 06-5291440 atau 019-6652900.


2. Perkhemahan Cuti Pek Pandu Puteri Tunas Daerah Jasin

Tarikh : 24 - 26 Jun 2011
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : SK Kesang Tua
Yuran : RM 30.00 (seorang)
Peserta : Pandu Puteri Tunas (8 + 2)
Sila hantar pengesahan penyertaan pada atau sebelum 20 Jun 2011 kepada Pesuruhjaya Daerah, Pn Hjh Samiah Samari melalui fax 06-5291440 (SK Kesang Tua). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-6652900.

Harap maklum.

Terima kasih.
Pesuruhjaya Daerah.

Monday, April 4, 2011

Tabung Bencana Tsunami Jepun

Perhatian kepada para pemimpin daerah Jasin dan Merlimau,

Selamat memungut derma untuk tabung bantuan bencana tsunami Jepun.

Harap kalian tidak lupa untuk menyerahkan tabung semula kepada Pesuruhjaya Daerah, Pn Hjh Samiah Samari di SK Kesang Tua pada atau sebelum 19 April.

Walau bagaimanapun, oleh sebab PJD tidak berada di SKKT selama sebulan (mulai 05 April) kerana mengikuti kursus di IPGM Kampus Melaka, puan-puan bolehlah menelefon saya di 019-6652900 untuk temu janji, puan-puan bolehlah menyerahkannya kepada setiausaha PPPCM iaitu Pn Patimahtun Zaharah bt Abd Jalil juga di SKKT

Sekiaaaan, terima kasih